USTAZ DAN USTAZAH

Monday, April 18, 2011

Pabila Selepas Terkeluar Mani

DALIL :
 

Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu, Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya, kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua kakinya. (al-Bukhari)

Ringkasan mandi wajib berdasarkan dalil adalah :




  • Niat.
  • Membaca Bismillah.
  • Mencuci tangan sebanyak 3 kali.
  • Mencuci kemaluan dengan tangan kiri.
  • Menggosok tangan kiri ke tanah lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
  • Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
  • Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam sahih al-Bukhari: 
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.”
  • Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
  • Meratakan air ke seluruh badan.Termasuk ke semua lipatan tubuh seperti ketiak dan celah kangkang.
  • Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.



Antara persoalan2 yang sering menjadi tanda tanya :
  • Doa apakah yang perlu dibaca semasa mandi wajib?
-Tiada apa-apa doa yang perlu dibaca sebelum mahupun semasa mandi wajib. Rasulullah s.a.w tidak pernah mengajarnya. Wallahua'lam..

  • Wajibkah mencangkung ketika mandi wajib?
Tidak wajib. Tiada dalil mewajibkannya.

  • Sah tak mandi wajib tanpa wudhu'?
-Sah. Wudhu' sunat sahaja.

  • Bolehkah mandi wajib dalam keadaan berbogel??
 -Boleh dengan syarat tempat mandi itu tertutup dan tiada CCTV. Mandi wajib itu sah walaupun berbogel.

  • Apakah sah mandi wajib hanya dengan berniat dan mandi dengan membasah seluruh tubuh saja? tanpa mengikuti urutan mandi wajib diatas?
-Insya-Allah sah kerana syarat sah ialah air rata seluruh tubuh walau tidak mengikut turutan. Tetapi sewajarnya mengikut turutan yang diajarkan oleh Rasulullah kerana itu adalah sunnahnya.

  • Bagaimana bila kita lepas mandi wajib yang kita yakin bersih..tetapi andai kata lepas setengah hari atau beberapa jam berlalu tiba2 ada mcm tahi telinga yang berada di cuping telinga..atau tahi mata yang keluar..adakah sah mandi kita jika ada tertinggal najis tersebut?
Tahi telinga dan tahi mata bukanlah najis. Dan ia tidak memberi sebarang kesan kepada mandi wajib yang dilakukan.

  • Semasa meratakan air ke seluruh badan ketika mandi wajib dan meratakan air ke kemaluan sama ada dubur mahupun zakar, adakah batal wuduk?
Jika menurut mazhab Syafie yang menyatakan batal jika sentuh kemaluan, maka batallah ia. Tetapi mandi wajib tetap sah.

  • Adakah perlu untuk seseorang mandi hadas besar sekiranya keluar air mazi sahaja?
-Tidak perlu. Yang perlu hanya mencuci kemaluan dan tempat terkena air mazi. Yang wajib mandi ialah apabila keluar mani.

  • Semasa mandi wajib apabila kita terpegang atau sengaja pegang kemaluan kita..adakah mandi wajib kita sah??
Ya, mandi wajib kita sah. Ia tidak membatalkan mandi wajib, hanya sahaja ia membatalkan wudhu menurut sebahagian ulama’ berdasarkan hadis yang menunjukkan ia batal.

  • Kalau kita melambatkan mandi wajib kira-kira dalam seminggu atau 2minggu apakah hukumnya?
-Jika sudah tidak mandi wajib, bagaimana dengan solat? Meninggalkan solat haram. Tetapi, jika tidak menjejaskan solat, tidak mengapa. Cuma, kita hendaklah menyegerakan mandi wajib untuk menyucikan badan.

  • Bolehkah mandi wajib diikuti mandi biasa iaitu memakai syampu dan sabun pada badan?
-Boleh tiada masalah insya-allah.

  • Adakah betul jika kita melancap ataupun menyentuh kemaluan kita dan air mani keluar tetapi sebelum ini kita belum bermimpi ..?
-Ya benar, seandainya keluar mani, maka wajib mandi.

  •  Boleh tak kalau kita mandi wajib dengan air sungai atau air kolam renang?
-Boleh tiada masalah, Insya-allah.

  • Benarkah jika mandi wajib kite tidak boleh bersentuhan dgn kemaluan atau hanya boleh menggunakan belakang tapak tangan dan jika menggunakan tapak tangan atau jari maka tidak sah mandi wajib itu?
-Tidak benar, boleh sahaja menyentuh dengan telapak tangan. Tiada dalil menyatakan tidak boleh, dan mandi wajib sah Insya-allah..

  • Kalau selepas mandi wajib, badan saya terkena sisa air mani yg masih basah di atas katil,apakah hukumnya?
-Tidak perlu mandi wajib semula. Tiada apa-apa masalah. Wallahua’lam

  • Sy pernah terdengar jika lambat mandi wajib kerana disengaja2kan dan terus berjalan2 maka tanah yg kita pijak akan melaknat kita
-Tidak benar, ia adalah kepercayaan karut.

  • Sy ingin bertanya..jika menonton video lucah akan menyababkan air mani keluar..adakah perlu mandi wajib seperti mandi wajib keluar haid?
-Ya, wajib mandi bila keluar mani. Dan wajib bertaubat kerana menonton video lucah. Ia satu dosa.

share on: facebook

1 comment:

Anonymous said...

apa beza air mani dgn mazi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...